WASIAT ISLAM
Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
(Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999)
Firman Allah SWT:
“Pembahagian itu ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”
Surah Al-Nisa’: 11
HADIS : –
Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.”
*************************
Wasiat ini akan berkuatkuasa SELEPAS KEMATIAN.
Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik iaitu RTB akan mendapatkan Surat Kuasa iaitu GERAN PROBET bagi Pentadbiran Pusaka yang Berwasiat.
PENGESAHAN WASIAT DI MAHKAMAH SYARIAH (Wasiat Islam) atau Mahkamah Tinggi (Wasiat Bukan Islam) hanya akan dibuat sekiranya mendapat bantahan daripada waris atau pihak yang berkepentingan.
*************************
Wasi adalah SEORANG/ORGANISASI YANG DILANTIK OLEH PEWASIAT SEMASA HIDUP iaitu Rakyat Trustee Berhad sebagai PENTADBIR DAN PEMEGANG AMANAH UNTUK MENTADBIR HARTA PUSAKA peninggalannya, melaksanakan hasrat dan arahannya selepas berlaku kematian kelak.
Siapa yang boleh menjadi WASI?
INDIVIDU
SYARIKAT AMANAH
*************************
Wasiat dibuktikan SECARA BERTULIS DAN DITANDATANGAN oleh Pewasiat serta Saksi yang sah.
Syarat Saksi :-
WASIAT ISLAM
• DUA (2) orang LELAKI atau
• SEORANG (1) LELAKI dan DUA (2) orang PEREMPUAN atau
• EMPAT (4) orang PEREMPUAN.
(Agama saksi HANYA ISLAM SAHAJA)
*************************
Melantik WASI IAITU RTB, menyelesaikan HUTANG PIUTANG termasuk KOS PENTADBIRAN pusaka sebelum pembahagian, serta PEMBAHAGIAN HARTA mengikut HUKUM (FARAID) atau AKTA PEMBAHAGIAN 1958 ATAU PERATUSAN PENERIMA ditentukan untuk Bukan Islam.
FI PENDAFTARAN : RM 500 seumur hidup
FI PENTADBIRAN PUSAKA BERWASIAT : 1.8% daripada nilai aset semasa (tidak termasuk kos pihak ketiga)
Salinan Kad Pengenalan / Passport ;
Wasiat Asas Digital atau Fizikal ; dan,
Borang Permohonan Wasiat Asas (BWA).
************************
Berumur 18 TAHUN KE ATAS (Umur 21 tahun ke atas bagi negeri Sabah);
Orang yang SEMPURNA AKAL (WARAS); dan,
Bertindak SUKARELA DAN TIDAK DIPAKSA.
************************
WASI YANG DILANTIK untuk produk ini hanya RAKYAT TRUSTEE BERHAD SAHAJA;
Arahan untuk SELESAIKAN HUTANG PIUTANG termasuk kos pentadbiran pusaka ditolak daripada harta pusaka Pewasiat;
Wasiat akan DITANDATANGAN SECARA DIGITAL/FIZIKAL DI HADAPAN SAKSI yang ditetapkan undang-undang.


Additional information
| Saiz Jersey | S, M, L, XL, 2XL, 3XL |
|---|


Reviews
There are no reviews yet.