HIBAH HARTANAH BERSAMA RTB
HIBAH HARTANAH adalah pemberian harta hibah iaitu HARTANAH (TANAH ATAU RUMAH) melalui Konsep Hibah Amanah oleh Penghibah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah atas dasar kasih sayang dan secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Pemberian tersebut adalah MELALUI IJAB DAN QABUL (sighah) dan BERKUATKUASA SERTA MERTA selepas disempurnakan.
FI PENDAFTARAN: RM 1,500 untuk 2 hartanah. (Tambahan hartanah RM 500 setiap hartanah)
FI PEMBATALAN/PINDAAN: RM 300
SYARAT PENGHIBAH :
Individu BERUMUR 18 TAHUN, BERAGAMA ISLAM;
Individu yang yang WARAS AKAL FIKIRANNYA;
Pemilik aset dan mempunyai KUASA PENUH KE ATASNYA, UNTUK MEMBOLEHKAN IA MENENTUKAN SEPENUHNYA JUMLAH YANG INGIN DIBERIKAN SEBAGAI HIBAH DAN PENERIMA YANG TERPILIH; dan
TIDAK MUFLIS
FI PELAKSANAAN: 0.5% daripada nilai hartanah semasa (tidak termasuk kos pihak ketiga).
**********************
HIBAH DARI SEGI BAHASA
Hibah dari segi bahasa bermaksud PEMBERIAN, SAMA ADA DALAM BENTUK AIN ATAU SELAINNYA.
HIBAH DARI SEGI ISTILAH
Hibah pada istilah syarak adalah SUATU AKAD YANG MENGANDUNGI PEMBERIAN MILIK OLEH SESEORANG SECARA SUKARELA TERHADAP HARTANYA KEPADA SESEORANG YANG LAIN PADA MASA HIDUPNYA TANPA BALASAN (‘IWAD)
Hibah merupakan SUATU AMALAN SUNAT dan digalakkan dalam Islam.
Dalil Al- Quran :-
Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”
(Surah al-Nisa’: 4)
Al-Hadis :-
Hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.”
(Riwayat Al-Bukhari)
RUKUN HIBAH :
PENGHIBAH
PEMILIK KEPADA HARTA HIBAH dan KELAYAKAN UNTUK MEMBERI HIBAH;
Mempunyai KUASA PENUH UNTUK MENGGUNAKAN HARTANYA; dan
TIDAK MUFLIS.
PENERIMA HIBAH
Individu BERAGAMA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM serta mempunyai keupayaan memiliki harta HIBAH tersebut sama ada MUKALLAF ATAU BUKAN MUKALLAF.
Penerima juga mampu menerima aset bagi melaksanakan kuasa memindahkan aset Hibah kepadanya. Sekiranya Penerima Hibah Bukan Mukallaf (anak di bawah umur/tidak berkeupayaan menerima harta) maka penerimaan harta hibah tersebut dibuat dengan melantik samada PEMEGANG AMANAH/ PENJAGA HARTA/ WALI MAL bagi pihaknya.
HARTA HIBAH
Mestilah harta yang HALAL DAN BERNILAI DI SISI SYARAK;
Harta itu perlu WUJUD KETIKA DIHIBAHKAN dan dimiliki Pemberi Hibah;
MAMPU DISERAHKAN kepada Penerima Hibah serta BOLEH DIPINDAHMILIK DAN DIMILIKI.
Harta yang WUJUD KETIKA HIBAH DILAKSANAKAN dan DIKUATKUASA SERTA MERTA.
SIGHAH (LAFAZ AKAQ HIBAH, IJAB DAN QABUL)
Sighah Hibah merupakan LAFAZ ATAU PERBUATAN YANG MEMBAWA MAKNA PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HIBAH
***********************
PEMBUKTIAN HIBAH
Hibah dibuktikan secara bertulis dan ditandatangan oleh Penghibah dan Penerima Hibah serta Saksi yang sah. Sekiranya terdapat halangan dari segi dokumen dan keesahan, Hibah tersebut akan memerlukan keterangan saksi. Keperluan Saksi tersebut adalah seperti di bawah :
• DUA (2) orang saksi LELAKI atau
• SEORANG (1) saksi LELAKI dan DUA (2) orang saksi PEREMPUAN atau
• EMPAT (4) orang saksi PEREMPUAN.
************************
KONSEP PRODUK HIBAH DI RTB
Konsep digunapakai adalah HIBAH AMANAH (TRUST HIBAH) iaitu konsep Hibah (pemberian hadiah atas dasar kasih sayang serta BERKUATKUASA SERTA MERTA) dan Amanah (Harta Hibah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah sebelum diserahkan kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah)
Penghibah akan MEMBUAT SURAT IKATAN AMANAH DI ANTARA PENGHIBAH, PENERIMA HIBAH DAN PEMEGANG AMANAH yang memberi hak kepada Penghibah mengurus dan menggunakan harta tersebut sehinggalah dia meninggal dunia.
Dalam prinsip Amanah, Penghibah boleh melantik dirinya sendiri untuk menjadi Pemegang Amanah Utama bagi pihak benefisiari.
Manakala RTB pula hanya bertindak sebagai Pemegang Amanah Gantian dalam keadaan Penghibah tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah antaranya disebabkan ketidakupayaan fizikal Penghibah iaitu Kematian Penghibah.
Mekasnime ini adalah berdasarkan seksyen 40(1), Akta Pemegang Amanah 1949 mengenai kuasa melantik Pemegang Amanah baru atau tambahan.
*********************
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN HIBAH
Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu Bukan Muslim ;
Pemberian Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Pentadbiran Harta Pusaka. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah ;
Hibah adalah satu amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam di samping dapat memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim ;
Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terdapat Harta Hibah tersebut semasa hidup
***********************
BOLEHKAN PENGHIBAH MENGHIBAHKAN HARTANYA SEMASA MARAD AL-MAUT ?
Penghibah yang menghibahkan hartanya dalam keadaan MARAD AL-MAUT IAITU KEADAAN DI MANA PENGHIBAH DALAM KEADAAN SAKIT TENAT ATAU SAKIT YANG MEMBAWA KEPADA KEMATIAN, maka hibahnya hendaklah TIDAK MELEBIHI DARIPADA SATU PERTIGA HARTANYA KEPADA BUKAN WARIS DAN TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN KEPADA WARIS. Oleh yang demikian, HUKUM WASIAT ADALAH TERPAKAI di dalam keadaan tersebut. Jika dihibahkan kepada ahli waris sama ada kurang atau melebihi satu pertiga, maka hibah tersebut tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain untuk perlaksanaanya.
ADAKAH HIBAH BOLEH DIBATALKAN ATAU DITARIK BALIK?
Sesuatu proses hibah yang telah sempurna rukunnya akan terus BERKUATKUASA SERTA-MERTA DAN TIDAK BOLEH DITARIK BALIK. Walaubagaimanapun Hibah yang boleh ditarik balik adalah hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selagi mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.

Additional information
| Saiz Jersey | S, M, L, XL, 2XL, 3XL |
|---|

Reviews
There are no reviews yet.