Kemusykilan korban – COOP Qurban beri penjelasan

PERSOALAN BERKENAAN KORBAN [SOALAN LAZIM]

Soalan & Jawapan Mengenai Ibadah Korban

  1. Apakah Pengertian Ibadah Korban ?

Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.

  1. Apakah Syarat Untuk Melaksanakan Ibadah Korban?

Syarat melaksanakan ibadah korban adalah seperti berikut:

Beragama Islam, Baligh,Berakal, Berkemampuan, Merdeka (bukan golongan hamba)

  1. Apakah Hukum Melaksanakan Ibadah Korban?

Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

  1. Apakah Jenis-jenis Korban Wajib

Korban wajib seperti;

Korban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati

Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.

Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.

  1. Bolehkah melaksanakan ibadah korban bagi orang yang telah meninggal dunia?

Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati.

  1. Bolehkah melaksanakan ibadah korban bagi pihak anak saya yang masih kecil?

Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibu bapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.

  1. Bolehkah melaksanakan satu bahagian korban lembu untuk satu keluarga?

Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.

  1. Bolehkah kita melaksanakan korban untuk orang lain?

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya dia boleh berniat korban.

Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna

  1. Adakah perlu membuat akad perwakilan?

Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban.  Akad perwakilan itu, juga memadai dengan niat oleh peserta korban.

  1. Orang yang menanggung beban hutang adakah boleh melaksanakan ibadah korban?

Hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.

 

  1. Bolehkah daging korban diagihkan kepada bukan Islam?

Tidak digalakkan, kerana daging korban tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

  1. Apakah amalan sunat untuk orang yang melaksanakan ibadah korban?

Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.

  1. Bolehkah meggunakan duit bantuan, agihan untuk membuat ibadah korban?

Boleh, bergantung kepada kemampuannya.

  1. Perlukah membuat ibadah korban lagi sekiranya tahun lepas dah buat?

Umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban.

  1. Apakah ibadah korban yang terbaik?

Ibadah korban yang dilaksanakan di tempat (kariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.

  1. Saya/Anak saya belum diakikahkan, bolehkah melaksanakan ibadah korban?

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *