FIDYAH PUASA RAMADHAN (BERAS TEMPATAN GRED A RM2)
Pengertian fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

*****************************************************
Sebab-sebab dikenakan fidyah adalah seperti di bawah:
Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Melambatkan ganti (qada’) puasa
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.



Soalan lazim mengenai Fidyah beserta rujukan:
1.Bolehkah fidyah dibayar secara sekaligus atau perlu dibayar setiap hari?
Fidyah boleh dibayar secara sekaligus untuk semua hari yang ditinggalkan atau dibayar setiap hari mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Rujukan: Al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 194.
2.Adakah fidyah perlu dibayar jika seseorang meninggal dunia sebelum sempat menggantikan puasa?
Waris boleh membayar fidyah bagi pihak si mati untuk puasa yang tidak sempat diganti, jika dia meninggal dunia sebelum sempat menggantikannya. Rujukan: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 450.
3. Adakah fidyah masih perlu dibayar jika seseorang telah menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas Ramadhan berikutnya?
Ya, fidyah tetap perlu dibayar jika puasa digantikan selepas Ramadhan berikutnya kerana kelewatan mengganti puasa. Rujukan: Al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, Jilid 3, hlm. 195.
4. Bolehkah fidyah dibayar sebelum bulan Ramadhan?
Fidyah boleh dibayar sebelum Ramadhan jika individu sudah pasti tidak mampu menggantikan puasa sebelum Ramadhan tersebut. Rujukan: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Jilid 6, hlm. 261.
5. Adakah fidyah boleh dibayar kepada bukan Muslim?
Fidyah tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim kerana ia termasuk dalam kategori sedekah yang khusus untuk orang Islam. Rujukan: Al-Syirazi, al-Muhadzdzab, Jilid 2, hlm. 76.
6. Jika seseorang tidak pasti berapa banyak puasa yang ditinggalkan, bagaimana cara untuk membayar fidyah?
Individu perlu membuat anggaran yang munasabah dan membayar fidyah berdasarkan anggaran tersebut. Rujukan: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Jilid 6, hlm. 271.
7. Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang terlupa membayar fidyah selama beberapa tahun?
Seseorang perlu segera membayar fidyah bagi semua tahun yang tertunggak setelah menyedari kewajipannya. Rujukan: Al-Syirazi, al-Muhadzdzab, Jilid 2, hlm. 75.
RAKYAT TRUSTEE BERHAD ADALAH EJEN KUTIPAN FIDYAH DAN KAFFARAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Additional information
| Dimensions | 1 x 10 x 10 cm |
|---|---|
| Bil. Hari Puasa Ditinggalkan | 01 Hari, 02 Hari, 03 Hari, 04 Hari, 05 Hari, 06 Hari, 07 Hari, 08 Hari, 09 Hari, 10 Hari, 11 Hari, 12 Hari, 13 Hari, 14 Hari, 15 Hari, 16 Hari, 17 Hari, 18 Hari, 19 Hari, 20 Hari, 21 Hari, 22 Hari, 23 Hari, 24 Hari, 25 Hari, 26 Hari, 27 Hari, 28 Hari, 29 Hari, 30 Hari, 31 hari, 32 hari, 33 hari, 34 hari, 35 hari, 36 hari, 37 hari, 38 hari, 39 hari, 40 hari, 41 hari, 42 hari, 43 hari, 44 hari, 45 hari, 46 hari, 47 hari, 48 hari, 49 hari, 50 hari, 51 hari, 52 hari, 53 hari, 54 hari, 55 hari, 56 hari, 57 hari, 58 hari, 59 hari, 60 hari, 61 hari, 62 hari, 63 hari, 64 hari, 65 hari, 66 hari, 67 hari, 68 hari, 69 hari, 70 hari, 71 hari, 72 hari, 73 hari, 74 hari, 75 hari, 76 hari, 77 hari, 78 hari, 79 hari, 80 hari, 81 hari, 82 hari, 83 hari, 84 hari, 85 hari, 86 hari, 87 hari, 88 hari, 89 hari, 90 hari, 91 hari, 92 hari, 93 hari, 94 hari, 95 hari, 96 hari, 97 hari, 98 hari, 99 hari |


Reviews
There are no reviews yet.