Mengenai KAMI
RTB Peneraju Solusi Perancangan Harta Pusaka Digital di Malaysia
Rakyat Trustee Berhad (RTB) adalah sebuah Syarikat Amanah yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Amanah 1949. RTB komited menjadi peneraju industri perancangan harta pusaka dengan mengintegrasikan kepakaran undang-undang, pematuhan Syariah dan teknologi digital terkini.
Dengan tenaga kerja berpengalaman dan profesional dalam sektor peramanahan, pengurusan pusaka dan perancangan pewarisan, RTB menyediakan perkhidmatan yang merangkumi:
Penulisan Wasiat (Islam & Bukan Islam)
Hibah
Pentadbiran Harta Pusaka
Produk Amanah untuk individu, korporat, dan institusi
Sebagai Syarikat Amanah digital pertama di Malaysia yang menawarkan proses pendaftaran dan pengurusan sepenuhnya secara digital, RTB memastikan pengalaman pelanggan yang cepat, efisien, dan selamat.
RTB berpegang kepada prinsip Integriti, Profesionalisme dan Amanah, serta sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa termasuk Akta AMLA, PDPA dan peraturan-peraturan pihak berkuasa berkaitan.
Tagline Korporat: “Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai.”
Visi Kami
Menjadi syarikat amanah utama yang menawarkan produk & perkhidmatan secara digital sepenuhnya.
Misi Kami
Menjadi syarikat amanah yang efisien, profesional dan menawarkan perkhidmatan mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Kekuatan Rakyat Trustee Berhad
BANK PANEL
Bank Islam Malaysia Berhad
Maybank Islamic Berhad
UOB Bank Berhad
CIMB Bank Berhad
PANEL PENILAI HARTANAH
Nasir, Sabaruddin Associates Sdn Bhd (NSA)
Co.No.VE(1)358/3
SETIAUSAHA SYARIKAT
Rahila Binti Mohamed Anuar (LS0010004)
Mohd Irman Bin Mohd Mubarak
MIM MANAGEMENT & CONSULTANT
PEGUAM PANEL
Tetuan Termizi & Co
Tetuan Nik Safia & Co
Tetuan Shams Shamsurina Haslina & Co
