Lembaga Pengarah

DATO HJ ZAZALI HARON

PENGERUSI

Mempunyai pengalaman lebih 37 tahun dalam sektor koperasi, dengan kepakaran dalam penubuhan, undang-undang, kewangan dan pengurusan koperasi. Beliau pernah memegang jawatan tertinggi sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan terlibat secara aktif dalam kolokium antarabangsa termasuk di Sepanyol, Nepal dan India. Selain itu, beliau kini sebaga ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Yayasan Angkasa, Koop BR2 dan pelbagai koperasi lagi .Mempunyai kelulusan Master of Trade and Development, Eastern Michigan University (1997) dan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1985).

HJ KHALILI BUYONG

PENGARAH

Berpengalaman secara profesional dalam kewangan dan perbankan lebih 35 tahun khusus dalam sektor bank, koperasi, perniagaan perkhidmatan wang dan audit dalaman. Pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak 1983 di pelbagai jabatan selama ​30 tahun. Dipinjamkan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) pada 2011 dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang menubuhkan SKM (sebelumnya Jabatan Pembangunan Koperasi) dan set audit berdasarkan Jabatan Audit Negara BNM. Pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Risiko di CoopBank Pertama(CBP). Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

FAUDZI MT DIN

PENGARAH

Lebih 25 tahun pengalaman dalam sektor perbankan, pengurusan dan perkhidmatan pewarisan. Pernah berkhidmat di beberapa Bank Pelaburan dan terlibat dalam pelbagai jabatan seperti unit Pemulihan Hutang, Kawalan Kredit, Audit Dalaman dan Penyelesaian Kredit. Menyertai Amanah Raya Berhad sebagai Ketua Jabatan. Menjadi pelopor pembangunan produk amanah dan perwasiatan di MyAngkasa Amanah Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran (Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia.

AHMAD SAHRUL MOHAMAD

PENGARAH

Berpengalaman hampir 20 tahun dalam operasi pentadbiran pusaka dan perancangan pewarisan. Pernah berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebagai Eksekutif Kanan dan kemudian ke MyAngkasa Amanah Berhad selama 8 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar. Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan UNITAR dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA. Merupakan Penceramah dan Pengajar bagi Agensi Kerajaan/Swasta, IBFIM, Media Massa, Insititusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Orang Awam (Public Speaker) khusus dalam hal pengurusan pusaka dan perwarisan.