Utama / Perkhidmatan / Hibah
HIBAH
APA ITU HIBAH ?
Hibah ialah pemberian harta semasa hidup kepada penerima hibah dan berkuakuasa serta merta semasa hidup. Ia cara salah satu instrumen Perancangan Pusaka yang terbaik untuk :
- Elak perebutan harta selepas meninggal dunia;
- Pastikan harta hibah tersebut sampai kepada orang Penerima yang telah ditentukan; dan
- Urus pembahagian secara pantas, mudah & sah di sisi undang-undang serta Syariah.
MENGAPA HIBAH PENTING ?
Ramai waris terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk selesaikan pembahagian pusaka kerana:
Proses pentadbiran pusaka yang panjang.
Perebutan & konflik sesama waris.
Dokumen tidak lengkap atau pelan pewarisan.
Rakyat Trustee Berhad (RTB) menawarkan perkhidmatan Hibah yang direka bagi memberikan penyelesaian yang tepat, patuh syariah dan memenuhi kehendak pelanggan dalam merancang dan melindungi pewarisannya. Perkhidmatan Hibah kami merangkumi:
HIBAH HARTANAH
Hibah Hartanah merujuk kepada pemberian harta tidak alih seperti rumah atau tanah kepada penerima hibah secara sah .
Produk ini membolehkan pelanggan menghibahkan hartanah sama ada yang masih mempunyai gadaian (seperti pinjaman bank yang belum selesai) atau yang telah bebas daripada sebarang gadaian tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
HIBAH TUNAI
Menawarkan perkhidmatan Hibah Tunai kepada penerima hibah, sama ada waris atau bukan waris, mengikut kehendak dan hasrat Pemberi Hibah.
Hibah ini akan berkuat kuasa serta-merta selepas dokumen dan akaq disempurnakan dan wang tunai tersebut akan disimpan secara selamat di dalam Akaun Amanah yang dikendalikan oleh RTB sehingga diserahkan kepada Penerima Hibah mengikut terma yang ditetapkan.
HIBAH SAHAM KOPERASI
RTB menawarkan perkhidmatan Hibah Saham Koperasi sebagai alternatif patuh syariah yang menggantikan konsep penamaan konvensional yang diamalkan sebelum ini.
Perkhidmatan ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama koperasi terpilih, selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi masing-masing, bagi memastikan pelaksanaan hibah adalah sah, teratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Apakah Rukun HIBAH?
PENGHIBAH
(1) Individu yang beragama Islam, seorang dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd
(2) Pemilik dan pemunya harta dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya bagi membolehkan ia menentukan jumlah yang hendak diberikan sebagai Hibah dan siapa penerima yang terpilih.
(3) Seseorang penghibah yang TIDAK MUFLIS.
PENERIMA HIBAH
(1) Individu yang beragama Islam atau bukan Islam serta mempunyai keupayaan memiliki harta hibah tersebut sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
(2) Penerima mampu menerima aset yang diberikan dalan melaksanakan kuasa memindahkan aset Hibah kepadanya.
* Sekiranya Penerima Hibah bukan mukallaf (anak di bawah umur/tidak berkeupayaan menerima harta) maka penerimaan harta hibah tersebut dibuat dengan melantik samada Pemegang Amanah/ Penjaga harta/ Wali Mal bagi pihaknya.
HARTA HIBAH
(1) Jika harta hibah Hartanah dibenarkan yang bebas gadaian atau masih mempunyai gadaian (hutang).
(2) Harta yang HALAL (mengikut undang-undang Syariah) dan mempunyai nilai di sisi syarak.
(3) Harta yang boleh dipindahmilik dan dimiliki.
(4) Harta yang wujud ketika hibah dilaksanakan dan dikuatkuasa serta merta.
SIGHAH
Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah. Ia tertakluk kepada syarat :
(1) Mempunyai hubungan antara Ijab dan Qabu.
(2) Tidak tertakluk kepada syarat tertentu.
(3) Tidak tertakluk kepada tempoh tertentu.
Apakah Hibah
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah.
Hibah pada istilah syarak adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang pada masa hidupnya tanpa balasan (‘iwad).
Dalil Pensyariatan Hibah
Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam.
Dalil Al- Quran :
Firman Allah SWT:
“Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4).
Al-Hadis : Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari).
Bolehkah Penghibah Menghibahkan Hartanya Semasa Marad Al-Maut?
Sekiranya penghibah menghibahkan hartanya dalam keadaan Marad al-Maut iaitu sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian maka hukum hibah tersebut adalah tertakluk kepada batasan syarak.
✅ Hibah kepada bukan waris hanya dibenarkan sehingga maksimum satu pertiga (1/3) daripada jumlah harta.
❌ Hibah kepada waris dalam keadaan ini tidak dibenarkan, kecuali dengan keizinan semua waris lain.
Dalam situasi ini, hibah tersebut akan mengambil hukum wasiat, yang mana pelaksanaannya tertakluk kepada persetujuan waris bagi memastikan keadilan dan mengelakkan pertikaian.
Bolehkah Hibah Ditarik Balik Atau DIIBATALKAN?
Sesuatu proses hibah yang telah sempurna rukunnya akan terus berkuatkuasa serta-merta dan tidak boleh ditarik balik. Walaubagaimanapun Hibah yang boleh ditarik balik adalah hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selagi mana harta tersebut tidak ada kaitan dengan orang lain.
