Utama / Perkhidmatan / Amanah

AMANAH

RTB menawarkan perkhidmatan AMANAH yang memenuhi solusi dan kehendak pelanggan di dalam perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka iaitu :

  • Amanah bagi melindungi aset pewaris
  • Penjagaan harta anak-anak di bawah umur atau OKU
  • Amanah bersyarat untuk pelaksanaan wasiat, hibah, atau agihan tertentu
  • Pemantauan penggunaan aset mengikut hasrat pemberi amanah
  • Pelaksanaan derma atau wakaf secara berjadual


Setiap struktur amanah direka bagi memastikan keadilan, keselamatan dan pematuhan undang-undang, selari dengan syariah dan kehendak pelanggan

Apakah Tujuan AMANAH?

DITADBIR URUS

Rakyat Trustee Berhad yang bertindak sebagai Pemegang Amanah akan membantu mengurus dan mentadbir harta amanah tersebut untuk manfaat penerima khusus bagi kanak-kanak bawah umur atau orang kelainan upaya (OKU) daripada disalahguna atau ditadbir oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesuatu harta amanah akan ditadbir urus dengan penuh berhati-hati mengikut syarak.

DIJAMIN

Penderma boleh menentukan segala arahan/syarat/klausa peramanahan mengikut keperluan atau dalam tempoh masa tertentu. Rakyat Trustee Berhad akan menguruskan harta amanah tersebut bagi kepentingan penerima harta Amanah atau benefisiari sebagaimana terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui di antara Penderma dan Pemegang Amanah / RTB.

DILINDUNGI

Harta di bawah amanah akan dilindungi daripada tuntutan pemiutang kerana harta amanah bukan pusaka mereka/penderma yang telah meninggal dunia. Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang diamanahkan tidak akan dimasukkan dalam harta pusaka yang boleh dituntut oleh pemiutang. Sebaliknya, harta tersebut akan kekal di bawah kawalan amanah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Definisi Amanah

Amanah adalah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang dan kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakan sebagaimana yang dituntut. Amanah adalah sesuatu yang harus diperlihara agar sampai kepada yang berhak memilikinya.

JOM! Lantik RTB sebagai Pemegang Amanah anda

PRODUK AMANAH YANG DITAWARKAN :

Amanah Individu

Menyediakan sumber kewangan segera kepada waris melalui Akaun Amanah yang diwujudkan oleh penderma, bagi menampung keperluan mereka sementara menunggu proses pusaka diselesaikan sepenuhnya selepas kematian.

Amanah Korporat

Akaun Amanah yang ditubuhkan oleh institusi, syarikat, yayasan, koperasi atau badan korporat bagi mengurus dan mengagihkan dana khas untuk tujuan tertentu seperti kebajikan, pendidikan, pembangunan atau program khas.

Amanah Hartanah

Menjamin pemindahan hak milik rumah atau tanah kepada penerima amanah (benefisiari) melalui arahan yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah. Produk ini direka khusus untuk pelanggan BUKAN ISLAM bagi memastikan hartanah diserahkan seperti yang dihasratkan tanpa pertikaian.

Amanah iPusaka

Produk amanah yang dilanggan peserta untuk menyediakan dana khusus bagi menampung fi dan kos pentadbiran pusaka melalui bayaran bulanan atau tahunan. Apabila peserta meninggal dunia, kos tersebut akan dibayar terus daripada Akaun Amanah, dan lebihan dana (jika ada) akan diberikan terus kepada waris tanpa melalui proses pentadbiran pusaka.

Amanah Takaful / Insurans

Menggabungkan perlindungan kewangan takaful atau insurans dengan struktur amanah melalui Penyerahan Hak Mutlak polisi daripada syarikat takaful / insurans kepada RTB. Pampasan takaful/insurans akan diurus dan diagihkan oleh RTB kepada penerima (benefisiari) yang telah ditetapkan oleh pelanggan, mengikut arahan dalam Surat Ikatan Amanah bagi memastikan waris menerima perlindungan kewangan segera, teratur dan bebas pertikaian.

Deklarasi Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian ialah dokumen rasmi yang mengesahkan dan merekodkan pemilikan bersama harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan oleh suami dan isteri, sama ada melalui sumbangan kewangan atau bukan kewangan. Deklarasi ini berfungsi untuk: - Mengiktiraf hak masing-masing terhadap harta bersama. - Mengelakkan pertikaian sekiranya berlaku perceraian atau kematian. - Memudahkan proses tuntutan atau agihan harta mengikut undang-undang.