Rakyat Agensi & Konsultan
Ingin menjana pendapatan dan membina kerjaya dalam bidang pewarisan sebagai Rakyat Konsultan? Sertai kami sebagai Rakyat Agensi atau Konsultan dalam bidang Perancangan & Pentadbiran Pusaka dan sertai barisan profesional kami dalam industri yang sedang berkembang pesat kini.
Bersama Rakyat Trustee Berhad, anda berpeluang menjana margin pendapatan yang tinggi dengan pilihan untuk bekerja secara sambilan atau sepenuh masa – mengikut keselesaan dan gaya hidup anda. Kami juga mengalu-alukan kerjasama strategik sebagai usahawan berjaya dalam bidang pewarisan melalui program Rakyat Agensi terbuka kepada agensi, koperasi, persatuan, syarikat dan organisasi yang ingin berjaya dan berkembang dalam industri pewarisan harta.
Kenapa Perlu Sertai Rakyat Konsultan / Rakyat Agensi RTB ?
Latihan Profesional dan Bimbingan Berterusan-Kejayaan Bermula Di Sini.
Di RTB, kami menyediakan latihan bermodul yang komprehensif, dibangunkan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta sesi bimbingan praktikal yang berterusan untuk memastikan anda sentiasa yakin, bersedia dan relevan dalam industri. Melalui Program Mentor-Mentee Eksklusif, anda akan dibimbing secara langsung oleh mentor berpengalaman atau ketua agensi, dalam suasana pasukan yang menyokong dan menggalakkan kejayaan bersama. Ini bukan sekadar peluang – ini adalah laluan bimbingan sebenar. Kini masa anda untuk bermula bersama RTB!
Komisen Lumayan & Pendapatan Berterusan Hingga 10 Tahun
Bersama RTB, anda berpeluang menjana aliran pendapatan yang stabil dan konsisten sehingga 10 tahun bagi setiap pelanggan, bergantung kepada jenis produk yang dipasarkan. Dengan struktur pendapatan tinggi dan berulang, anda akan menikmati ganjaran bukan sekali tetapi secara berterusan, selagi pelanggan kekal aktif dan pembayaran diteruskan. Bina kerjaya, cipta pendapatan dan lindungi masa depan — kerana di RTB, anda bukan sekadar menjual perkhidmatan, anda sedang membina masa depan kewangan yang lebih kukuh dan terjamin.
Bonus, Insentif & Ganjaran Tahunan – Untuk Anda yang Berprestasi
Di RTB, kami menghargai setiap usaha dan pencapaian anda melalui bonus prestasi dan insentif tambahan yang diberikan berdasarkan jualan serta komitmen tahunan. Selain itu, anda berpeluang menikmati pelbagai pakej ganjaran menarik, termasuk hadiah eksklusif dan percutian mewah yang ditawarkan menerusi kempen tahunan kami. Setiap ganjaran ini bukan sekadar penghargaan, tetapi juga dorongan berterusan untuk membina keyakinan dan semangat agar anda terus maju bersama kami. Bersama RTB, anda dihargai, disokong dan diraikan.
Luaskan Rangkaian, Gandakan Pendapatan
Di RTB, anda berpeluang membina rangkaian Rakyat Agensi anda sendiri, membimbing dan merekrut ahli pasukan baharu berdasarkan kelayakan serta kepimpinan anda — sekaligus menjadi peneraju dalam dunia pewarisan profesional. Melalui struktur komisen "overriding" yang menarik, anda akan menerima pendapatan tambahan daripada prestasi dan jualan konsultan di bawah rangkaian anda, mewujudkan potensi pendapatan berlapis yang berterusan. Dalam masa yang sama, anda turut membina hubungan perniagaan jangka panjang dalam ekosistem kerjaya yang kukuh, saling menyokong dan berkembang. Jangan sekadar jadi ejen – jadilah pemimpin Rakyat Agensi hingga ke tahap GRA (Kumpulan Rakyat Agensi). Bina empayar anda bersama RTB hari ini!
Bagaimana Anda Jana Pendapatan Bersama Kami?
-
Daftar sebagai Rakyat Konsultan (individu) atau Rakyat Agensi (syarikat/agensi berdaftar).
-
Mengikuti Latihan/Kursus Wajib dan Memasarkan Produk Pewarisan RTB
-
Konsultasi dan Jualan bersama Pelanggan Produk Pewarisan RTB: Wasiat, Hibah, Pentadbiran Pusaka & Amanah.
-
Terima Komisyen Berterusan + Overriding (jika rekrut pasukan anda sendiri).
Syarat Kelayakan Rakyat Agensi / Konsultan
(1) Individu berumur 18 tahun ke atas (Bagi Rakyat Konsultan) atau agensi/ syarikat berdaftar di SSM (Bagi Rakyat Agensi);
(2) Bersedia mengikuti segala syarat sebagai Rakyat Agensi & Konsultan yang ditetapkan; dan
(3) Disiplin dan bersedia mencapai sasaran KPi yang ditetapkan dari semasa ke semasa .
Kelebihan Menyertai RTB ?
KOMISYEN BERTERUSAN
Pendapatan konsisten & stabil.
OVERRIDING KOMISYEN
Bila anda bina rangkaian konsultan / agensi baharu.
PAKEJ GANJARAN
Bonus prestasi, hadiah & insentif.
SOKONGAN DIGITAL
Platform online, sistem mesra pengguna & proses pantas.
BINA LEGASI
Anda bantu orang lain merancang harta, pada masa sama bina masa depan anda.
