Amanah Takaful
Rakyat Trustee Berhad menawarkan produk Amanah Takaful / Insurans sebagai satu instrumen Perancangan Pusaka yang memberikan perlindungan kewangan menyeluruh kepada pasangan dan keluarga anda. RTB akan memastikan pampasan takaful / insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan melalui produk Amanah Takaful / Insurans ini.
Rakyat Trustee Berhad dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful / insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima / benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan / terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
Apakah Kelebihan Amanah Takaful RTB?
Proses pengagihan pampasan Takaful / Insurans melalui Amanah Takaful / Insurans tidak tertakluk kepada Pembahagian Harta Pusaka. Ia memudahkan urusan kepada penerima / benefisiari terlibat dan memberi ketenangan serta jaminan penerimaan.
Pembayaran pampasan akan dibuat kepada Pemegang Amanah iaitu RTB oleh syarikat Takaful / Insurans. Adanya unsur kawalan yang dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang seperti termaktub dalam Surat Ikatan Amanah (SIA).
Rakyat Trustee Berhad akan melaksanakan pengagihan sepertimana dikehendaki antaranya kepada benefisiari mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah (SIA) tanpa ragu-ragu mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Walaupun sekiranya terdapat benefisiari masih di bawah umur, haknya terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada Pampasan Takaful / Insurans tersebut mengikut terma dan syarat yang diperuntukan dalam Surat Ikatan Amanah (SIA).
Syarat-Syarat Permohonan Amanah Takaful
(1) Berumur 18 tahun ke atas
(2) Arahan yang jelas kepada Pemegang Amanah & boleh dilaksanakan sebaik memperolehi pampasan Takaful / Insurans kelak.
(3) AMANAH TAKAFUL boleh dilanggan oleh Pelanggan Islam & Bukan Islam, manakala AMANAH INSURANS hanya untuk Bukan Islam sahaja.
Terma & Syarat Produk
-
Amanah Takaful hanya boleh dilanggan oleh Pelanggan Takaful yang sah dan masih aktif sama ada Muslim atau Bukan Muslim manakala Amanah Insurans untuk Bukan Islam sahaja.
-
Pelanggan Takaful / Insurans boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah Takaful semasa hayatnya pada bila-bila masa sebelum polisi matang.
-
Pelanggan juga boleh menetapkan agar RTB membuat bayaran pampasan secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar.
-
Amanah Takaful / Insurans dan Surat Ikatan Amanah (SIA) ini akan / boleh TERBATAL jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalkan oleh pihak syarikat Takaful / Insurans.
