Utama / Perkhidmatan / Pentadbiran Pusaka

PENTADBIRAN PUSAKA

Kenapa Pentadbiran Pusaka Penting?

Selepas seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkan perlu diuruskan dengan betul. Tanpa pentadbiran yang teratur, waris mungkin:

Bagaimana Rakyat Trustee Berhad (RTB) Membantu?

RTB sebagai Syarikat Amanah berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, Kami menyediakan perkhidmatan profesional untuk menguruskan dan mentadbir  harta pusaka anda mengikut peruntukan undang-undang yang membenarkan:

Pengurusan Dokumen & Proses Mahkamah

Semua borang, permohonan dan urusan undang-undang diuruskan oleh pasukan kami.

Pembahagian Adil & Telus

Waris menerima hak mereka mengikut faraid atau arahan wasiat/hibah.

Mengurangkan Tekanan Waris

Waris menerima hak mereka mengikut faraid atau arahan wasiat/hibah.

Pematuhan Syariah & Undang-Undang

Setiap langkah dijalankan dengan integriti serta dilindungi undang-undang.

Lantik RTB sebagai Pentadbir Pusaka anda!

Di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959, seorang Pentadbir perlu menyediakan Dua Penjamin bagi menguruskan harta pusaka si mati kecuali jika dilantik Syarikat Amanah.

Rakyat Trustee Berhad (RTB) sebagai Syarikat Amanah yang berdaftar, boleh dilantik tanpa keperluan penjamin, menjadikan proses Pentadbiran Pusaka lebih mudah, pantas dan efisien.

Apakah Harta Pusaka?

Harta pusaka merujuk kepada segala harta dan tanggungan (hutang) yang ditinggalkan oleh seseorang selepas kematiannya, yang akan diwarisi oleh waris yang berhak mengikut hukum syarak dan/atau undang-undang sivil yang terpakai.

Apakah Pentadbiran Pusaka?

Pentadbiran Pusaka ialah proses mengumpul, mengenal pasti, dan menguruskan semua aset serta liabiliti (hutang piutang) si mati, sebelum harta pusaka tersebut diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum syarak dan/atau undang-undang sivil yang ditetapkan.

Bagaimana Pentadbiran Pusaka dilaksanakan?

Pentadbiran Pusaka dilaksanakan melalui proses mengumpul , mengenal pasti dan menguruskan harta, waris dan liabiliti /hutang piutang simati dan seterusnya mengagihkan Pusaka berkenaan kepada waris yang berhak mengikut hukum dan undang-undang yang ditetapkan.

Kenalpasti Elemen Penting Dalam Pentadbiran Pusaka

  • Harta - Kenal pasti semua aset milik si mati termasuk harta alih dan tidak alih.
  • Hutang - Senaraikan semua tanggungan, pinjaman atau hutang piutang yang perlu diselesaikan sebelum agihan harta dibuat.
  • Waris - Tentukan waris-waris yang sah dan berhak mewarisi mengikut hukum syarak atau undang-undang.

Surat Kuasa Dalam Pentadbiran Pusaka

  • Surat Kuasa Mentadbir - Dikeluarkan apabila si mati tidak meninggalkan wasiat memberi kuasa kepada pentadbir yang dilantik untuk menguruskan harta pusaka.
  • Geran Probet - Dikeluarkan apabila si mati meninggalkan wasiat dengan memberi kuasa kepada Wasi (Pentadbir Pusaka Wasiat) yang dinamakan dalam wasiat untuk melaksanakan hasrat pewasiat.
  • Perintah Pembahagian - Dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi atau Unit Pembahagian Pusaka Kecil (JKPTG) untuk mengagihkan harta pusaka secara sah kepada waris yang berhak.

Agihan Harta Pusaka

  • Penyelesaian Hutang dan Liabiliti simati - Semua hutang dan tanggungan simati perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum proses agihan dilakukan.
  • Pengagihan Pusaka Mengikut Hukum & Undang-Undang - Harta pusaka yang berbaki akan diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum syarak (bagi orang Islam) atau undang-undang sivil (bagi bukan Islam).

Harta Alih

  • Harta alih merujuk kepada harta yang boleh dipindah milik atau tidak terikat secara kekal pada tanah, antaranya termasuk:
  • - Wang simpanan / akaun simpanan / akaun tetap
  • - Akaun di Lembaga Tabung Haji, KWSP, ASB
    PRO
  • - Polisi Insurans / Takaful
  • - Saham dan unit amanah
  • - Kenderaan seperti kereta, motosikal, bot (lesen vesel)
  • - Barang kemas, logam berharga dan barangan bergerak lain

Harta Tak Alih

  • Tanah dan/atau rumah yang didirikan di atasnya, termasuk segala kepentingan si mati ke atas hartanah tersebut.
  • Hartanah yang telah didaftarkan dalam geran hak milik atas nama si mati secara mutlak tanpa sebarang sekatan atau amanah.
  • Harta tersebut bukan dianggap sebagai hak milik si mati sekiranya ia didaftarkan dalam geran atas kapasiti sebagai Pemegang Amanah, Pentadbir Pusaka, atau melibatkan Tanah TOL (Temporary Occupation License). Dalam kes ini, hartanah tersebut tidak boleh dituntut sebagai harta pusaka.

Perbezaan Pentadbiran Pusaka Berwasiat & Tanpa Wasiat

Harta Pusaka Berwasiat

  • Harta pusaka berwasiat merujuk kepada Pentadbiran Pusaka simati yang telah membuat Wasiat Terakhir yang sah dari sudut undang-undang dan hukum syarak
  • Dokumen wasiat ini biasanya mengandungi Pelantikan Wasi iaitu individu yang diberi kuasa untuk mengurus dan melaksanakan wasiat serta pusaka simati, panduan agihan harta iaitu bagaimana harta akan dibahagikan kepada waris dan pesanan terakhir termasuk senarai harta dan waris yang terlibat.
  • Wasiat memastikan proses pengurusan pusaka lebih cepat, mengikut hasrat si mati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Harta Pusaka Tanpa Wasiat

  • Jika seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, hartanya dikategorikan sebagai Harta Pusaka Tak Berwasiat.
  • Dalam situasi ini, Rakyat Trustee Berhad (RTB) boleh dilantik sebagai Pentadbir Pusaka untuk menguruskan keseluruhan proses pentadbiran. RTB akan mewakili pihak waris dalam berurusan dengan agensi berkaitan seperti Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
  • Setelah Surat Kuasa diperoleh, RTB akan membantu mengurus dan mengagihkan harta pusaka tersebut kepada waris yang berhak, mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan sehingga urusan selesai sepenuhnya.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Pemohon dalam Pentadbiran Pusaka simati?

Salah seorang waris yang sah mengikut undang-undang dan hukum syarak boleh dilantik untuk membuat permohonan sebagai pemohon pentadbiran pusaka si mati.
Sekiranya tiada waris, individu lain yang mempunyai kepentingan ke atas harta pusaka tersebut juga boleh memohon untuk menjadi pemohon pentadbiran pusaka.

Mengapa permohonan Pentadbiran Pusaka perlu dibuat segera?

  • Elak kematian berlapis Mengurangkan risiko pertambahan bilangan waris apabila berlaku kematian berturutan dalam keluarga.
  • Percepat proses pembahagian Memastikan pembahagian harta pusaka dapat dilakukan lebih awal dan teratur.
  • Manfaat segera kepada waris Membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera untuk keperluan kewangan dan kebajikan waris yang ditinggalkan.
  • Elak harta terbiar Menghindari berlakunya tanah dan harta yang terbiar tanpa pengurusan, sekali gus mengurangkan kerugian aset warisan.
  • Elak wang dipindahkan ke Wang Tak Dituntut Mengelakkan simpanan si mati di institusi kewangan, koperasi, saham atau bon dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut yang boleh menyukarkan proses pentadbiran pusaka di masa hadapan.