Pengurusan Kanan
FAUDZI MT DIN
PENGARAH URUSAN
Mempunyai pengalaman luas melebihi 25 tahun dalam sektor perbankan, pengurusan, dan perkhidmatan pewarisan. Beliau pernah berkhidmat di beberapa Bank Pelaburan utama, terlibat secara langsung dalam pelbagai jabatan penting seperti Unit Pemulihan Hutang, Kawalan Kredit, Audit Dalaman, serta Penyelesaian Kredit, yang memperkukuh kepakarannya dalam pengurusan kewangan dan risiko. Beliau kemudiannya menyertai Amanah Raya Berhad sebagai Ketua Jabatan, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MyAngkasa Amanah Berhad, di mana beliau menjadi pelopor kepada pembangunan produk amanah dan perwarisan yang inovatif dan berpaksikan keperluan masyarakat. Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari UNITAR dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dengan Kepujian dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
AHMAD SAHRUL MOHAMAD
PENGARAH EKSEKUTIF / KETUA PEGAWAI OPERASI
Memiliki pengalaman hampir dua dekad dalam operasi pentadbiran pusaka dan perancangan pewarisan, menjadikannya antara tokoh yang berwibawa dalam industri. Beliau pernah berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebelum menyertai MyAngkasa Amanah Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar yang bertanggungjawab membangunkan operasi dan strategi pewarisan syarikat. Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari UNITAR, serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) dengan Kepujian dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebagai seorang yang aktif menyampaikan ilmu, beliau turut dikenali sebagai Penceramah dan Pengajar di pelbagai platform termasuk agensi kerajaan dan swasta, IBFIM, media massa, institusi pengajian tinggi (IPTA), serta program awam — khusus dalam bidang pengurusan & operasi pusaka dan perancangan pewarisan Islam dan konvensional.
SAIDAH AZIMAH MD JANI
KETUA PEGAWAI KEWANGAN (CFO)
Berpengalaman dalam pengurusan kewangan dan perbankan korporat serta industri pewarisan selama lebih 16 tahun. Pernah berkhidmat di RHB Bank Berhad sebagai Eksekutif Bank dan Pegawai Perhubungan Perbankan korporat (2008-2011). Berkhidmat di Myangkasa Amanah Berhad hampir 8 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Kanan Kewangan dan Pentadbiran. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
MOHD ZAKI MD AMIN
KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI (CTO)
Lebih 25 tahun pengalaman dalam Pengurusan Teknologi Maklumat, eDagang, Pembangunan Sistem, Ekonomi Digital dan Pengurusan Acara Mesyuarat Agung. Jurulatih Profesional dalam Pemasaran Digital, Certified HRDF Trainer dan berdaftar dengan Malaysia Board Of Technologist (MBOT). Profesional berwawasan yang memiliki pengalaman mendalam dalam transformasi digital, pengurusan projek ICT & digital, penjenamaan produk & perkhidmatan serta pengalaman luas dalam sektor koperasi lebih 23 tahun. Berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Sarjana Muda Senireka (Komputer Grafik) dari UiTM.
MOHD NAJIB BUSRA
KETUA PEGAWAI PERNIAGAAN (CBO)
Berpengalaman dalam industri Insurans, Takaful dan Saham Amanah selama 16 tahun dalam pembangunan agensi seperti penyusunan struktur agen dan pemasaran bebilang tingkat. Pernah mengetuai dan mentadbir dan membina agensi sehingga mendapat gelaran Million Dollar Agency sehingga 2018. Berkhidmat di MyAngkasa Emas Medicare dengan menguruskan aspek pembangunan perniagaan serta terlibat dalam pembangunan agensi. Jawatan terakhir sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UIA dan mempunyai pengalaman keseluruhan lebih 22 tahun dalam industri.
Pengurusan
SUHAILAH BINTI SABREN
PENGURUS OPERASI
Berpengalaman luas dalam menguruskan operasi pentadbiran pusaka dan produk pewarisan. Pernah berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad selama 7 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dalam Perkhidmatan Kewangan (Kepujian) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
WAN NUR SHAFIQAH WAN SALMAN
PENOLONG PENGURUS KEWANGAN
Berpengalaman dalam pengurusan kewangan, pentadbiran dan sumber manusia, dengan 8 tahun perkhidmatan di MyAngkasa Amanah Berhad. Berkelulusan Ijazah Perakaunan dari UiTM, mahir dalam pengurusan bajet, operasi pejabat dan pembangunan sumber manusia.
NOOR HASLINDA HAMDAN
PENGURUS, PEMBANGUNAN AGENSI & PEMASARAN
Berpengalaman 20 tahun dalam pengurusan pelanggan dalam industri Takaful dan insurans pelaburan. Pernah berkhidmat di MyAngkasa Emas Medicare Sdn Bhd dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran, mengurus strategi dan hubungan pelanggan.
