Utama / Perkhidmatan / Penulisan Wasiat

PENULISAN WASIAT

Lindungi Hasrat Anda, Rancang Masa Depan Waris Anda Bersama Kami

Ramai orang menangguhkan Penulisan Wasiat kerana beranggapan masih terlalu awal. Namun, tanpa wasiat, proses pentadbiran pusaka boleh menjadi beban kepada waris dan mencetuskan pertikaian di kalangan keluarga simati.
Di RAKYAT TRUSTEE BERHAD menawarkan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Perlaksanaan Wasiat yang sah dari segi undang-undang, bertujuan untuk memastikan harta pusaka anda diurus dan diagihkan segera kepada waris yang tercinta selepas kematian.
Dengan berwasiat, anda dapat menyediakan dokumen penting yang mengandungi arahan jelas berkenaan:
  • Pelantikan Wasi (Pentadbir Wasiat);
  • Penyenaraian Harta, Waris serta Cara Pembahagian (untuk Islam, Pemberian bukan waris tidak lebih 1/3 daripada harta)
  • Arahan khusus lain yang anda kehendaki

Kenapa memilih Penulisan Wasiat RTB?

Patuh Syariah & Undang-Undang

Dokumen wasiat disediakan mengikut ketetapan undang-undang Malaysia serta garis panduan Syariah – sah dan terjamin.

Dokumen Sah, Digital & Dilindungi

Setiap wasiat disemak rapi oleh pasukan pakar, didaftarkan, dan disimpan dengan selamat bagi melindungi hak pewasiat dan waris.

Fi Berpatutan

Khidmat profesional pada harga yang mampu milik – kerana perancangan harta tidak sepatutnya membebankan.

Pasukan Profesional & Berpengalaman

Kami terdiri daripada pakar perundangan, Syariah dan pengurusan pusaka dengan pengalaman luas dalam industri amanah dan pewarisan.

Proses Penulisan Wasiat RTB?

Siapa yang perlu buat Wasiat?

Semua orang, tidak kira usia atau jumlah harta. Wasiat bukan hanya untuk orang kaya sahaja, ia penting supaya harta anda kelak akan mudah diurus Pentadbiran Pusaka kelak,  diagihkan dengan teratur, efisyen dan mengelakkan perebutan antara waris. 

Bagaimana wasiat berkuatkuasa?

Wasiat ini akan berkuatkuasa selepas kematian. Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik iaitu RTB akan menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan Surat Kuasa iaitu Geran Probet bagi Pentadbiran Pusaka yang Berwasiat. 

RTB juga akan melaksanakan Pentadbiran Pusaka simati bermula dengan Pengesahan Aset dan hutang simati, mendapatkan Surat Kuasa, Penyelesaian Hutang Piutang simati sehingga Pembahagian harta mengikut wasiat / hukum/akta.

Siapa layak berwasiat?

  • Mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah).
  • Orang sempurna akal (waras).
  • Bertindak secara sukarela dan serta tidak dipaksa.
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.

Apa beza Wasiat dan Hibah?

Wasiat hanya berkuat kuasa selepas pewasiat meninggal dunia, manakala hibah ialah pemberian dan berkuatkuasa semasa hidup. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian untuk melindungi waris.

Adakah boleh wasiat diubah?

Ya! Wasiat boleh diubah atau dikemaskini pada bila-bila masa selagi pewasiat masih hidup dan waras. Ini memberi fleksibiliti jika berlaku perubahan dalam harta atau keluarga anda. 

Kelebihan Berwasiat

  • Membuat Pelantikan Wasi (Pentadbir & Pemegang Amanah) di dalam Wasiat.
  • Memudahkan pewasiat menyenaraikan harta, waris dan hutangnya.
  • Mempercepatkan, melancarkan dan memudahkan proses pentadbiran pusaka.
  • Mengelakkan Harta Pusaka Terbeku dan tidak dapat diuruskan dengan sempurna.
  • Mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan dikalangan waris-waris.
  • Menyampaikan hasrat dan pesanan Pewasiat dengan lebih sempurna melalui Dokumentasi yang dibenarkan undang-undang.

Siapakah Wasi Wasiat?

Wasi adalah Seorang/Organisasi yang dilantik oleh Pewasiat semasa hidup iaitu Rakyat Trustee Berhad sebagai Pentadbir dan Pemegang Amanah untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya, melaksanakan hasrat dan arahannya selepas berlaku kematian kelak.

Apakah risiko melantik Wasi individu?

Melantik Wasi individu memang dibolehkan, tetapi ada beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan:
  • Meninggal Dunia Awal - Wasi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum pewasiat, menyebabkan proses pusaka tergendala.
  • Kurang Pengalaman & Pengetahuan - Ramai Wasi individu tiada pengalaman dalam menguruskan harta pusaka yang rumit, melibatkan undang-undang & syariah.
  • Isu Amanah & Integriti - Ada kemungkinan Wasi tidak amanah atau gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil.
  • Enggan Bertindak - Wasi individu boleh menolak untuk bertindak selepas pewasiat meninggal, menyebabkan waris terpaksa mencari jalan lain.

Solusi Lebih Selamat: Wasi Rakyat Trustee Berhad

Dengan melantik Rakyat Trustee Berhad  sebagai Wasi:
  • Urusan pusaka dijamin profesional & telus.
  • Dokumen & harta dilindungi undang-undang.
  • Proses lebih cepat, mudah & tidak membebankan waris.

Pilih Wasi yang pasti bertindak – pastikan waris anda dilindungi dengan Wasi RTB.